Cebisan pandangan dari aku yang kurang ilmunya …
Ramai anak muda zaman sekarang yang mengeluh akan nasib
mereka yang gajinya kecil tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan taraf
hidup sekarang. Ramai juga yang mula meletakkan sepenuh kesalahan di bahu
kerajaan.
Itulah yang dialami oleh anak muda sekarang, lebih-lebih
lagi anak muda Melayu. Tapi adakah ini semuanya salah kerajaan ? Adakah mereka
iaitu anak muda tersebut sendiri tidak bersalah dalam perkara ini ? Dengan
perkara inilah, aku ada beberapa pandangan aku tersendiri mengenainya.

Aku ingin sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang
Melayu itu, di mana dengan hak keistimewaan orang Melayu itu pelbagai ruang,
sokongan, bantuan & faedah boleh kita gapai. Tapi apakan daya, golongan
anak muda Melayu itu sendiri tidak mempergunakannya untuk kepentingan sendiri
atau kepentingan Melayu itu sendiri. Contohnya, kuota pengambilan ke IPTA di
mana anak muda Melayu mempunyai kelebihan/keistimewaan daripada kaum lain. Tapi
apakan daya, dari beribu-ribu yang habis SPM/STPM, hanya beberapa peratus
sahaja layak ke IPTA. Itu belum cerita mengenai biasiswa yang diperuntukan khas
buat kaum Melayu sahaja.

Itu antara pandangan
aku yang dilihat disekeliling tanpa berpihak pada mana-mana. Tapi pendangan ini
hanyalah sekadar sebahagian sahaja. Kalau taip banyak-banyak, muntah pula orang
baca. In Shaa ALLAH, akan memberikan pandangan yang selebihnya dalam beberapa
hari lagi ….