Pages

"KERUGIAN" MELAYU


Cebisan pandangan dari aku yang kurang ilmunya …

Ramai anak muda zaman sekarang yang mengeluh akan nasib mereka yang gajinya kecil tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan taraf hidup sekarang. Ramai juga yang mula meletakkan sepenuh kesalahan di bahu kerajaan.

Itulah yang dialami oleh anak muda sekarang, lebih-lebih lagi anak muda Melayu. Tapi adakah ini semuanya salah kerajaan ? Adakah mereka iaitu anak muda tersebut sendiri tidak bersalah dalam perkara ini ? Dengan perkara inilah, aku ada beberapa pandangan aku tersendiri mengenainya.

Benar kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu ketika dahulu iaitu “Melayu mudah LUPA”. LUPA akan apa ? LUPA akan susahnya nenek moyang mempejuangkan Negara untuk merdeka dari jajahan British. LUPA akan keistimewaan hak orang Melayu, sehingga selesa dengan keistimewaan tersebut. LUPA akan pelbagai bantuan kerajaan, yang membolehkan mereka hidup senang jika digapainya semua bantuan tersebut.

Aku ingin sekali bercakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu itu, di mana dengan hak keistimewaan orang Melayu itu pelbagai ruang, sokongan, bantuan & faedah boleh kita gapai. Tapi apakan daya, golongan anak muda Melayu itu sendiri tidak mempergunakannya untuk kepentingan sendiri atau kepentingan Melayu itu sendiri. Contohnya, kuota pengambilan ke IPTA di mana anak muda Melayu mempunyai kelebihan/keistimewaan daripada kaum lain. Tapi apakan daya, dari beribu-ribu yang habis SPM/STPM, hanya beberapa peratus sahaja layak ke IPTA. Itu belum cerita mengenai biasiswa yang diperuntukan khas buat kaum Melayu sahaja.

Dari segi bantuan pelajaran pula, pelbagai kolej kemahiran mahupun politeknik yang dibina oleh kerajaan untuk menolong anak muda Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, Institut Latihan Perindustrian (I.L.P) menyediakan pelbagai bidang yang boleh diceburi oleh anak muda Melayu jika keputusan peperiksaan SPM mereka kurang baik. ILP boleh mengajar mereka akan pelbagai bidang pengkhususan seperti kejuteraan, kimpalan, binaan, automotif dan pelbagai lagi. Walaupun ianya diperingkat sijil, tapi mempunyai sijil berkenaan akan memdapatkan gaji yang lebih besar jika bekerja kelak. Dengan itu, secara tidak langsung pendapatan mereka akan meningkat jika dibandingkan yang hanya mempunyai SPM sahajan. Secara tidak langsung, dapat membantu mengharungi bebanan kos sara hidup pada zaman sekarang.

Itu antara pandangan aku yang dilihat disekeliling tanpa berpihak pada mana-mana. Tapi pendangan ini hanyalah sekadar sebahagian sahaja. Kalau taip banyak-banyak, muntah pula orang baca. In Shaa ALLAH, akan memberikan pandangan yang selebihnya dalam beberapa hari lagi ….